Monday, 2 July 2012

Big boss belanja!!

Kali ni nak berkongsi cerita tentang tempat makan yang agak best jugak la...
Seperti biasa , kami - kami akan keluar bersama...

Event ni actually dah lame berlalu , tapi baru sekarang ade kelapangan untuk menge-post *beliau...
Alhamdulillah... Pada hari gaji aku , bertempat di Mutiara Village Steamboat Mutiara Rini , dengan jaya-nya hangout together as a family.





3-4 kete gak la yang konvoi...
Antare ahlil-ahlil demokrat yang terlibat menjaya kan -nya ialah :

Featy Sera Alqa Mak tiri Muhamad Asyraf @ YB Aeen Amoy | Saye Paejan <3 Ayaka Izuena | Hero Wanatabe Betik | Shafiq Hidiah dan Rakan2 nye...
 (kesian kat saudara Luqman Ady Hakim kerana tak dapat join , study kat PerOq...) 








Demi menghargai sesebuah ikatan persahabatan , hatta aku pon ber-nawaitu untuk open tablebudak-budak ni.
Dalam pada masa yang sama dapat meluangkan masa bersama , berhibur sambil bertanya khabar.
Hence , dengan harapan dapat menguat serta merapatkan lagi hubungan kami-kami sejak di bangku sekola lagi...
Selaku Ketua Projek , saudari Aeen Amoy begitu gigih mencuba sedaya - upaya untuk meng-contact serta memaklum kan perihal event tersebut.
Masing - masing nak kene ketuk dulu baru gerak , so Aeen Amoy memang ses-y dan selesa melaksanakan tugas tersebut...




Dengan teliti nya , personal accountant bertanya kan tentang budget serta kemampuan aku.
mungkin sebagai kawan aku paham ke- concern'an beliau @ YB.

Tempat makan ni diperkenalkan kepada kami oleh Mak Tiri kami sendiri.
dan beliau juga lah merangkap "ahli jawatan kuasa" (AJK) Pengankutan.

Ramai jugak lah yang tak berape nak taw jalan on the way ke tempat ni... Madah sesat je...
Selesai makan , masing-masing memilih ais krim potong untuk dijadikan sebagai dessert.



Kembali ke zaman kanak-kanak riang Ribena...




Selesai sudah , kami berangkat ke Skudai Parade pula.
dengan tujuan untuk ber-karaokey(?) lagi...~


Well , tempat ni pon Mak Tiri kitorang yang rekemen gak...



Nyanyi lah korang sampai lebam...
Hope dapat buat aktiviti ni dengan kerap...
Tapi giliran orang lain pulak yang belanje ok?
>_<"



written by : FAEZY~

Friday, 22 June 2012

~rejected!!!! ~

Let getting know our small family a little bit closer…
Im hereby to represent this so called “brother-hood” even though there a female in it…
If you can see, we came from different background and attitude yet still we share the same interest together…
Karaokeiy!!!


No matter what happen in our life, if we facing a bad feeling, hard time, even just to mingle around during leisure time, we cannot miss this kind of activities…
Kite berbahasa Melayu pulak lah, nanti ade orang kate aku ni tak sedar diri pulak, tapi actually, aku rase lebih bebas , berkeyakinan serta jujur ketika berbahasa Mat Salleh.


Seperti yang kita sedia maklum, Featy Sera Alqa aka Stepmother Cinderella. Merupakan seorang yang minat dan hebat menyanyi. Tapi yang tak berape nak best nye , giler mic!
Hampir majority lagu yang dipilih 98% adalah hak milik dia…
Antara lagu-lagu kebiasaan yang menjadi pilihan mak tiri kita adalah :
  1. Ku Teruskan – Siti Sarah Raisuddin
  2. Britney Spears
  3.  . . . .
  4. . . . .

Tak cukup dengan tu, algu pilihan aku pon pernah die sebat gak. Sabo jelah…



Insan kedua yang tak kurang hebat adalah Y.B. alias Muhamad Asyraf.
Kalau takde macam tak complete pulak ahlil karokeiy kite ni.
Suara seakan-akan Awie! Awie… Awie!
 Berbadan tegap , bersuware mantap!
Sekali tarik sure tangkap…
Suke bawak lagu-lagu rock dan jiwang gak…


Well, macam merpati 2 sejoli , pasangan kepada YB kite ni adalah Muhd Shafiq Hidiah.
Apabila mereka berdua bergabung- meletop!
Bagai aur dengan tebing, isi dan kuku, asam dan garam…
Sekucup rasa….
Selalu berganding bersama menyanyikan lagu-lagu Nash – Pada Syurga di Wajahmu etc . . .


Mamat sorang ni pulak , memang tak di sangka-sangka kehebatan beliau menbawa lagu-lagu balada dengan baik , beremosi dan berkesan.
Terkenal dengan kecemerlangan beliau dalam bidang akedemik dan ke-skemaan nya.
Muhamad Faezan  @ Ajai.
Zamani adalah bintang idola die kalau time karokk…
 . . . . .
Lagu original soundtrack (OST) “Hikayat Merong Mahawangsa” nyanyian Anuar Zain yang berjudul Sedetik Lebih dibawakannya dengan begitu mendalam dan menyentuh kalbu…
Ditujukan khas untuk someone kot… mesti sume dah paham-paham kan untuk siape…Ahaahahah
Ade lagi seorang budak spoiler (selain tukang type) yang suke pasang lagu merepek jerit-jerit yang memaksa aku untuk join bersama dan hasil nya masing-masing kehilangan suara. Terbaikkk…
Saudara Luqman Ady Hakim atau Orang PeroQ.
Nyanyi dengan penuh selamber dan steady, kadang-kadang macam takde perasaan pon ade gak aku tengok…


Tak lupe juge , encik Syazwan. Die jarang hangout dengan kitorang. Tapi lately aku yang banyak pengaruh die untuk join the club.
Sekadar biase-biase sahaje sware nye. Tapi still ade feel disitu. Gemar memilih barisan lagu daripada kumpulan Indonesia. Aku kalau tengok die macam tak boleh nak bawak atau tak boleh pegi , ape laga* aku pon interfere interrupt dan masok line. Ahahahaha..

Last but not least , tukang type ni. Merangkap brader yang selalu payong. Muhammad Faheszi.
Well, aku taw sware aku tak berape nak lunak dan tak boleh belah.
Tapi still aku nyanyi jugak. Ape aku peduli…
Walaupun lagu-lagu yang aku bawak memang tidak membawa pade ape-ape maksud, tapi still dorang ingat aku tangkap feeling sebab something.
Biarlah ape orang nak kate. Aku suke karokk…
Lagi satu bad habit aku ni, suke pilih lagu korea yang ntah pape entah.
Dah la tak paham , lirik pon tak reti nak bace.
“Saye hentam saje la Halim…” – rancangan Jangan lupe Lirik.

Well, that’s all I think for this post.
Hope korang boleh accept ape yang aku merepek kat atas tu….
Dengan harapan walaupun masing-masing dah busy dengan kerjaya serta komitmen. Namun sentiasa punya waktu kelapangan untuk berhibur bersama teman-teman.
Percayalah bahawa , seberat mane pon masalah atau rintangan yang mendatang, jika rakan-rakan setia berada di samping dan di belakang untuk menyokong kamu. Segala itu akan terasa seperti sekadar angin lalu yang nyaman.
(ape yang aku merepek pon aku tak taw, tapi aku paham la sikit2)
Peace!

written by :  FAEZY a.k.a poyo...hahahaha~

Thursday, 21 June 2012

22 Mei 2012

Assalamuaikum…lama rasanya xde org nak update blog nie kan..so, saya dgn rasminya nak meng ’UPDATE’ blog yang kami. Hope rakan2 yang lain x marah la….

 Actually, benda nie, cerita yang nak aku kongsikan adalah hal yang telah berlaku pada aku baru-baru nie, kira baru 2 atau 3 hari yang lepas…. Tentang AKU, dgn DIA dan konflik yang telah berlaku..
Mungkin ramai yang dah tau yang aku dgn “S” tengah sebok buat persiapan perkahwinan kami…
Individu mana kan yang x gembira bila kami bakal menjadi raja sehari kira2 tinggal 2 bulan je lagi… Tapi x disangka2, ada konflik telah berlaku.. Tak tau macam mana nak cerita tapi hati aku mmg sakit bila benda ni terjadi kat aku. Macam tak percaya, setelah sekian lama kami (aku & S)
berkawan, berkasih sayang,  dan ingin mendirikan rumah tangga, bina masjid, tiba2 jadi hal yang amat menyakitkan hati kami berdua… Setelah 2 tahun kami bersama, baru bnda nie jadi….kat sini aku x boleh nk cerita secara detail apa yg dah berlaku…biarlah mnjadi rahsia kami dan kawan-kawan kami yang dah tau tentang hal nie…

Sebenarnya, aku nak ucapkan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA pada KAWAN-KAWAN, SAHABAT-SAHABAT aku,    NURUL AIN ISMAIL LEE,   NABILA SYIFAA,   MUHAMMAD ASYRAF NASRI,   MOHD NOR AZWAN (betik ),   dan yang lain2 (yang mengetahui hal nie) sebab amik berat sangat pasal aku dgn “S”. korang sanggup susah payah bagi dorongan, bagi kekuatan pada kami berdua harungi apa yang dah jadi kat kami. Aku menangis, korg pun turut menangis…korg faham penderitaan kami… aku amat hargai apa yang korg dah lakukan pada kami… Mungkin ada yang cakap, kawan-kawan nie x membantu, tapi keadaan aku lain… kawan2 yang aku ada x macam, orang lain yang bergelar   “KAWAN”   kat luar sana…susah nak dapat kawan yang sanggup bersusah payah mencari jalan penyelesaian padahal benda nie mmg xde kaitan langsung dgn mereka (kawan2 aku). Aku bersyukur pada ALLAH SWT sebab aku dgn ‘S’ dikurniakan kawan2 mcm korang… Susah nak cari sahabat sejati kan, tapi aku ada SAHABAT-SAHABAT mcm nie…  AKU SAYANG KORANG……TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABAT KU….TERIMA KASIH…SYUKUR ALHAMDULILLAH….. THX KORANG!! Doakan kami bahagia……INSYAALLAH……

written by : featysera a.k.a mak tiri kami~hehe~

Tuesday, 15 May 2012

Picnic at Gunung Pulai 12.05.2012

12.05.2012 

Bermula jam 7 pagi (planning awal la 7 pagi..last-last pukul 8 lebih jugak baru settle kumpul orang) lokasi berkumpul di Bandar Baru Kangkar Pulai (Flat Merak - Rumah Nurul Ain a.k.a Aeen). Barang semua sudah prepare..Konvoi 4 buah kereta melibatkan seramai 11 orang peserta.

Berkumpul sebelum bertolak untuk sarapan
Ok..bila semua geng dah cukup seterusnya kami bertolak untuk bersarapan dekat area roundabout area situ-situ je. sekali bila masuk kereta je boleh pulak makcik Aeen ni teringat pasal kek befday boy YB Ayap ni. Terus la tanya kat Mak (Featy) ' Kek mana?'..haaa..hamik ko..tertinggal..keh3..benda paling penting tu..cover punya cover sekali ktorang g la balik amik. Then, nak start je kereta sebab nak amik kek, boleh pulak kereta tu tak boleh start. hadoiii..memang dugaan di pagi hari. hahahaha..Nasib baik last-last dapat start semula..Next nak gerak, Kereta YB Ayap dengan orang-orangnya sekali pergi sarapan. tak boleh ikot k..hahahaha..sampai je rumah Mak ni haa rupa-rupa nya bukan kek je tertinggal, Ayam nak BBQ pun tertinggal..uishhh3..dasyat Mak kami ni..muda-muda da nyanyok..*ampun Mak..hahaha..

K kami dah settle sarapan semua kami pun BERTOLAK ke HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI 2 (tempat baru ini, dulu gunung pulai 1 je). Konvoi la kami beramai-ramai. lebih kurang dalam perjalanan lebih kurang 30 minit.

Tanggggg!!! kami sampai sudah kat Gunung Pulai ni..wuuuuu~ ramai jugak yang pergi masa ni..siap ada gng Van Sekolah..hahahaha~


ok!! semua angkut barang...ala-ala nak g picnic la ni siap bawak tent bagai..da seronok ni..ok masing-masing!! jalan!! hahahaha..jalan punya jalan last-last..STOP!!! demm..orang kuat hutan g cari port kat atas gunung...memang jungle tracking la kami-kami ini smua.. dengan bawak barang ala-ala CATERING la bak kata BETIK (orang Hutan, bukan orang utan ey..hahaha)..
ini tempat kami terpaksa stop. orang kuat tengah mendaki survey tempat
Ya ampun!!! tengok je la jalan nak menghala ke atas tu haa..berbatu bata bagai..dengan barang yang banyak gila..k tak apa..gagahkan diri jugak..Betik cakap ada 3 pitstop sblum sampai kat area ait trjun tu...gggrrrr!!! jalan punya jalan punya jalan sekali dangg!!! sampai pun..wuuuuu!!! penat..dalam perjalanan yang paling belakang makcik Aeen. hahahaha..biasa la..tak expect pon nak naik gunung. dengan selipar wedges dia..gigil-gigil la naik sana kan..Tak apa. akhir nya semua selamat sampai..weeee~~

muka masing-masing penat baru sampai..hahaha!
ok!! kami setting barang..cari port..hidupkan arang..yang Mak g setting tempat makan..hahaha..geng handle BBQ our big boss YB Ayap..gigih dia..dah la befday boy..assistant BBQ lain Betik, Aeen, Featy, Niza.. Yang lain dah terjun dalam air da..aishhh..meh citer menu kami kat atas gunung tu..BBQ mmg mesti, nasi goreng kampung, air sirap limau, tembikai, cocktail..Haaa..yang cocktail ni pon satu hal..Ni kami buat atas gunung ok..Bancuh-bancuh last-last siap..fuhhh!!!

Nak dijadikan cerita kami da plan nak prank kan YB Ayap ni punya befday. Tahniah untuk Pakcik Faezan dan Adeq Luqman Adi Hakim sebab berjaya membawa naik kek tanpa pengetahuan YB kita tu,,hahaha..tadaaa!!! Happy befday ayap!!! fuhhhh!! first time seh ktorang celeb befday geng kami atas gunung..nak nangis pun ada sebab terharu!! untungla YB Ayap celeb befday atas gunung..hahahaha!!

Kek ini gf YB yang bagi..bahagia je muka ayap!! hahaha
ok..settle makan kek..celeb befday ayap..kami sambung ready kan BBQ semua..semua dah jejak air..yang belom tinggal Ayap, Aeen, Featy..demi BBQ kami stay..keh3..

gigih ni gigih!!
Next...mandi manda!!! the best moment over...

gumbira ya semua!!
motif gambar ini memang kami pun tak paham..hahaha!
Ok..penat mandi-mandi..lepas tu kami makan...jam 2.30petang kami packing-packing semula sbab kejarkan waktu zuhur..Turun la kami dari gunung tu..Selamat sampai ke kaki gunung..Mandi bagai..kami bertolak untuk ke surau solat zuhur!! *enjoy pun enjoy jugak..solat jangan lupa ye..hehehe~

convoiii!!!
Fuhhh..penat tapi puas hati!!! after solat kami decide untuk g makan ramai-ramai. Mula-mula plan makan kat area pantai di Pontian tapi sebab ada beberapa orang nak balik dengan yang demam, nak dating nya lagi..mereka2 tukar port untuk makan ABC kat Kg Melayu Majidee..wee~~ makan ABC..lepas tu tengok Sunset dekat Danga Bay...fuhhh!! seyes penat..apa-apa pun kami enjoy!!!

k..next event nantikan dari kami..sapa nak follow halo-halo haaa..hahaha!!

: written by - Aeen Amoy :

Sunday, 13 May 2012

Tanggal 14 Mei 2012 perasmian blog Geng Old School 1989

Sebelum ni Mak (featy) da membebel cakap suruh Aku buat blog ni untuk geng ktorang. Apa boleh buat. Kerana busy yang memendek menyebabkan ianya asyik dipostpone hingga la ke hari ni. 
Well, untuk post pertama ini hanya INTRODUCTION sahaja. So, tak perlu panjang-panjang.

~ Ehem, dengan ini saya merasmikan blog ini dengan lafaz Bismillah~

weeee~ da ada blog da..keh3..